alhamdulillah Allah panjangkan umur penulis dan pembaca sehingga ke tahun ini, 2014. mungkin ada yang telah pergi beberapa minit sebelum pukul 12 tengah malam. atau pun beberapa minit selepas jam 12 tengah malam.
namun, Allah telah pilih kita untuk terus bernafas dan terus menjalankan tanggungjawab yang Dia telah amanahkan iaitu khalifah dan hamba.
tahun 2014 merupakan tahun yang paling ditakuti bagi ana.
"ngape ye?"
- last sem bagi pengajian di Maahad Tahfiz Negeri Pahang.
- bakal menuntut di tempat yang baru.
selama hampir 3 tahun ana menuntut ilmu di maahad. namun, masih belum mampu mengamalkan ilmu tersebut jika pulang bercuti di rumah. kalau dah keluar terus dari maahad? alahai, macam mana la gayanya. iman,ilmu & amal belum sehebat para sahabat yang mana, jika di campakkan ke mana2 pasti akan membentuk diri dan masyarakat.
di maahad ini ana diperkenalkan dengan tarbiyah. walaupun ana tidak seperti insan yang sudah ditarbiyah T__T...
namun, tarbiyah yang ana terima amat berharga,, uhuk2..
kalau dah keluar maahad, mesti dah tak ada usrah sebab usrahmates duduk jauh. mesti dah susah nak pergi program sebab rumah jauh dari UIA. oh akhawat... rindunyaaa <3
wahai pelajar maahad tahfiz, cukup tak bekalan selama 3 tahun kat maahad, untuk guna sepanjang hidup as hamalatul quran?
iman sampai mati kita kena upgrade. sebab Allah takkan biarkan kita beriman tanpa diuji.
**********************
tempat belajar yang baru. kos apa eh?
bila fikir pasal ni, ana buntu, fening.
cuma ana harap tempat yang akan ana pergi 2, ada orang boleh pimpin ana menuju Allah. tapi, pergantungan yang sepenuhnya mestilah hanya pada Allah...
~ahlan 2o14~








