insya Allah hari ini ana nak tunjukkan cara-cara untuk membuat kuih raya iaitu cornflakes madu.
menu ini ana buat bersama adeq2 ana untuk menambahkan lagi ukhuwah antara kami.
ana rasa, semua dah pernah cuba buat kan?
bagi ana, ini lah kali pertama dalam hidup ana.
BAHAN-BAHAN :
1) 100g mentega
2) 5 sudu gula pasir
3) 4 sudu madu
4) 100g corn flakes
5) papercup
6) chocolate rice/manik warna warni
CARA-CARANYA :
| 1) masukkan mentega ke dalam periuk panas |
| 2) masukkan sekali 5 sudu gula. |
| 3) masukkan madu dan kacau sehingga sebati. |
| 4) sementara menunggu bahan 1-3 sebati, hancurkan corn flakes. (sikit2 je tw) |
| 5) apabila sudah sebati, tutup api dan gaul bersama corn flakes. |
| 6) kemudian, masukkan corn flakes ke dalam papercup. |
| 7) anda juga boleh menambah choclate rice atau yang sewaktu dengannya. |
| 7) seterusnya, susun atas tray. |
| dup dap dip :P |
| tadaaa!! Alhamdulillah :D |
semoga ada manfaat...
dan yang paling penting, moga Allah redha :')
sekian sahaja dari ana, hamba yang kerdil
~ Huda _Ery ~
No comments :
Post a Comment