25 July 2013

pssttt! nak join boleh?

Assalamualaikum hamba Allah sekalian.

Program Tmug2 tinggal 2 hari sahaja lagi. Anda masih tak tahu program apakah?
ok lah. boleh baca di sini.

Pada asalnya program ini dikelola oleh Banat Mumtazah Circle. Iaitu kumpulan usrah saya yang terdiri daripada 12 orang pelajar tingkatan 4, Maahad Tahfiz Negeri Pahang.

Disebabkan kami kekurangan volunteer, kami juga membuka peluang kepada mana-mana pelajar untuk turut serta. setakat ini, kami telah berjaya mengumpul 48 volunteer. Alhamdulillah.

Namun, yang paling tidak dijangkakan, ada juga yang menempah nametag mengikut warna kesukaan mereka. heh... comel kan mereka semua :D

Pengumuman untuk volunteers hanya dibuka sekejap sahaja dan target cuma 10 orang. namun, permintaan tinggi menyebabkan kami memilih untuk menerima sesiapa sahaja bagi menjayakan Tmug2 ini. sehingga kini masih ada yang bertanya untuk menjadi volunteer walaupun peluang tersebut telah tamat.

Kami juga ada menjemput murabbi kami yang tercinta supaya dapat turut serta menjayakan program ini.kami juga masih kurang pengalaman dan amat memerlukan tunjuk ajar daripada beliau.
namun, apakan daya. jadual beliau sudah penuh. dan beliau juga telah menitipkan ucapan kepada kami dan juga buat volunteers. (sedih + rindu )

From Ummi :

"Assalamualaikum Huda Ery, dan semua adik2 warga maahad. Ummi tak dapat nak join. Hari Sabtu ada program di KL dan sekarang sedang berusaha siapkan presentation. Selamat berdakwah kepada warga Kuantan di padang MPK Sabtu nanti. Jangan lupa 3S- Salam, senyum dan sapa. Selain daripada mengedar risalah elok juga menegur sapa mereka, ucap selamat berbuka dan mungkin boleh berbual sedikit tentang risalah yang kita edarkan. Tegur semua orang, yg bertudung, yang freehair, family, yang coupling....manalah tahu ada yang Allah lembutkan hati mereka untuk lebih beriltizam dgn Islam selepas ini, pahalanya korang dapat insya-Allah. Ummi doakan, dan semoga enjoy sambil kutip pahala......selamat mengejar lailatul Qadar, lagi beberapa hari shj lagi."


sekian dari hamba Allah yang serba kekurangan.
~ moga Allah redha ~

No comments :

Post a Comment