Anda tak percaya?
oh! tolong la percaya dengan seyakin-yakinnya :)
Tmug program merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan amalan di bulan ramadhan yang mulia ini.
Tmug bermaksud The More You Give, The More You Get. Di mana kami mengadakan kutipan derma untuk diberikan juadah berbuka buat insan yang akan berbuka puasa di padang MPK 1 Kuantan Sabtu ini. target kami hanyalah RM1 untuk seorang pelajar. akan tetapi, jika ada yang memberi lebih dari itu, ia adalah terlebih baik.
selain itu, kami juga akan mengedarkan pamplet serta berkongsi ilmu kepada mereka.
Kebanyakan hamba Allah di luar sana, sangat rajin menghulurkan bantuan dari segi kewangan. namun, sangat sedikit yang ingin berkongsi ilmu.
Kami ingin beriman dengan sebenar-benarnya dari hadis ini :
"بلغوا عني ولو آية"
"convey from me even one verse"
"sampaikanlah dariku walau satu ayat"
Semua mesti tahu apa yang kita perlu jika ingin berjaya di Dunia dan di Akhirat kan?
ya! Hanya dengan ilmu.
Rasulullah S.A.W bersabda :
"Barang siapa yang ingin berjaya di dunia, maka, tuntutlah ilmu.
Barang siapa yang ingin berjaya di Akhirat, tuntutlah ilmu.
Dan barang siapa yang ingin berjaya di Dunia dan Akhirat, maka tuntutlah ilmu."
Anda berminat untuk menyertai kami?- jika tidak mampu menyumbang dari segi kewangan, ayuh sumbang dari segi tenaga dan ilmu...
kerjasama anda amat kami perlukan dan alu-alukan.
- Jika tidak mampu menyumbang kedua-duanya, jadilah insan yang akan menerima juadah serta pamplet tersebut.
- JIKA!!! semua pun tak mahu!!! ( takut tak tengok tulisan ni? heh )
maka, doa anda amat kami perlukan.
tadah tangan dan berdoa sekarang pun boleh.
Doakan agar Allah memudahkan urusan kami,
agar cuaca elok,
agar kami dapat mencapai objektif program.
yang paling penting, doakan agar Allah terima amalan kami yang kecil ini.
![]() |
| ade kosong lagi.. heeee :) |
jazakumullahu khairan kathira <3
sekian sahaja entry kali ini.
Assalamualaikum.
~moga Allah redha~


No comments :
Post a Comment