16 August 2013

asal tak maen mercun?


Assalamualaikum.. dan salam eidul fitri buat pembaca yang sudi bertandang ke blog ini.
Alhamdulillah. Allah beri peluang kepada kita untuk berjumpa dengan ramdhan sekali gus bertemu dengan syawal. Alhamdulillah.. thummalhamdulillah.

Nikmat yang sangat besar Allah kurniakan buat kita. Nikmat yang dipenuhi dengan sifat pengasih dan penyayangNya buat kita. Namun, apakah yang sudah kita lakukan untuk berterima kasih kepadaNya.
sememangnya, Dia tidak memerlukan balasan daripada hambaNYa. bahkan, kita yang sangat-sangat memerlukan Dia.

Ramadhan

macam mana ramadhan kita?
lebih baik dari tahun lepas?
atau agak merosot dari tahun-tahun sebelumnya?
Andai ini ramadhan terakhir, bagaimana persiapan kita bertemu denganNya?

Ramadhan kali ini, banyak memberi pengajaran kepada diri ini. Tambahan pula apabila melihat umat islam di luar sana terkorban.


Syawal

Walaupun ada yang meninggalkan solat ketika ramadhan,
walaupun ada yang ponteng puasa,
dan walaupun ada yang tidak membayar zakat,
namun, Allah yang maha pengasih, maha mengetahui, maha penyayang, masih memberikan hari kemenangan buat kita.
iaitu, hari raya.

padahal, ada sahaj insan yang sempurna solatnya, hebat puasanya, namun Allah telah menarik nawanya terlebih awal sebelum sempat bertemu syawal.

tidak kita berasa beruntung mempunyai tuhan sebegitu penyayang?
tidaklah kita berasa malu akan perbuatan kita yang masih lagi bermaksiat kepadaNya?

******************************************************************************

Alhamdulillah, raya tahun ni ana dapat beraya di kedua-dua tempat. sebelah bapa, di pekan, Pahang. dan di sebelah ibu, di Kodiang, Kedah.


sebelah bapa :)

















sebelah ibu :)







dan sesuatu yang pelik, tahun ini, sikit pun ana tak sentuh bunga api dan mercun. hebatkan?
(perlu ke bagitau? heh :)
kalau tahun sebelum ni, ana lah yang akan keluar untuk ambil gambar then bermain sekali. mercun favourite ana, mercun telur naga.
anda  pun?
sep sket :P


* selamat berpuasa enam...

"Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun."

(H.R.Muslim)

~ sekian, moga Allah redha ~

No comments :

Post a Comment