22 August 2013

popia nestum yummy!!

 Assalamualaikum sahabat :)
Insya Allah hari ni ana nak kongsikan cara-cara membuat popia nestum.
pernah makan tak?
sangat simple nak buat.. memerlukan masa lebih kurang 2 jam untuk menyiapakan. itu pun tengok juga bilangan kakitangan yang terlibat.. huuhuhu..

kuih ini kami buat sehari sebelum raya. iaitu ketika ketiadaan umi and abi.. umi masa tu ada kat rumah tok. tengah masak-masak untuk juadah hari raya. jadi, kami anak-beranak pun nak masak juga..

ini kira resipi untuk kanak-kanak cilik pun boleh :P

BAHAN YANG DIPERLUKAN

1) kulit popia
2) kuning telur ( boleh juga ganti dengan tepung+air)
3) corn flakes
4) gula aising
5) minyak masak

CARA-CARA :

1) gunting kulit popia menjadi kecil dan lebih untuk mudah digulung. bahagikan kepada empat.


2) bantuan lidi satay amat diperlukan untuk memperkemaskan gulungan kulit popia.
3) sapukan kuning telur pada akhir gulungan kulit popia supaya melekat.




4) gunting kulit popia mengikut cita rasa anda :)

5) goreng kulit popia di atas kuali sehingga rangup.

6) blender corn flakes bersama gula aising



7) setelah siap digoreng, gaulkan bersama bahan yang telah diblender.
tadaaa!!!! Alhamdulillah <3
~ kami buat dapat 2 balang.. habis mse raya ke-3.. paling banyak makan dalam kereta masa on the way balik kedah.

~sekian, moga Allah redha~

No comments :

Post a Comment