assalamualaikum... ana rasa, kalau tengok title post ni, mesti yang duk kat asrama 2, dah tak sabar2 nak mula cuti minggu depan kan? huhu
ok lah... bila cakap pasal balik kg. , apa yang terlintas difikiran anda?
hurmm...
- packing barang?
- tiket bus?
- bawa balik hadiah/makanan untuk family?
- bawa balik baju busuk? (opsss!) =P
actually, bila dah lama duk asarma, mesti rindu suasana kat rumah/kg. ada ke yang tak suka balik kg.? mcm pelik je, mcm pelik je... eh!
lagi-lagi bila dah berbulan-bulan duk kat U... tambahan plak bila belajar kat luar negara... yang anak mak ngan anak emas 2, tok soh citer la kan? hehe...
and sampai ada yang homesick... ish ish... takkan dapat hilang kerinduan tu kalau setakat dengar suara.
sama juga dengan orang yang beriman. kampung mereka yang sebenar ialah kampung akhirat... dan syurga merupakan tempat asal bagi umat manusia.. iaitu sejak nabi Adam alaihissalam serta isterinya Hawa mendiami di situ.
benarkah kita rindukan syurga?
benarkah kita beriman dengan syurga Allah?
macam mana persiapan kita untuk pulang ke kampung akhirat?
sudah banyak amalan yang hendak dibawa ke sana?
masih available tiket ke syurga untuk kita?
Oh Allah, syurgaMu amat mahal... bukan senang untuk mendapatkannya...
telah allah gambarkan pelbagai nikmat buat hambaNya yang soleh wal musleh... buat para perindu syurga... janji Allah tidak sesekali dimungkiri... khas untuk mereka yang terpilih..
orang beriman tidak cukup jika sekadar mendengar perihal syurga.. bahkan akan bersungguh-sungguh beramal dan mencari redho Allah... kerana bagi mereka, nikmat terbesar di Syurga apabila dapat melihat wajah Allah... Allahu robbi :'(
Mari kita sama-sama kaji dan contohi 10 sahabat yang dijanjikan syurga oleh baginda Muhammad صلى الله على محمد :
1) Abu Bakar as-siddiq
2) Umar al-khattab
3) uthman bin affan
4) Ali bin Abi Talib
5) Talhah Bin Ubaidillah
6 ) zubair bin Awwam
7) Abdurrahman bin Auf
8) Saad bin abi Waqqas
9) said bin Zaid
10) Abu Ubaidah Al-Jarrah
~ Moga Allah Redha ~
post ini ditujukan khas buat insan yang bakal naik flight kul 10 malam ni <3 fi hifzillah

No comments :
Post a Comment