2 November 2013

kita semua belum berjaya...

Assalamualaikum.
insya Allah hari ini ana nak share sikit pengisian usrah petang tadi.
Ana rasa sangat rugi kalau tak sebarkan khabar gembira dari Allah pada kamu semua.

mari tadabbur sat surah Al-Mukminun ayat 1-15...

sama-sama kita lihat ayat pertama dari surah tersebut..
قد أفلح المؤمنون

yang bermaksud " telah berjaya orang-orang yang beriman"...

ehem2.. kenapa tajuk post ni "kita belum berjaya?"

Allah nyatakan bahawasanya orang yang berjaya ialah orang yang beriman... sudahkah kita beriman? mari tanya diri sendiri.

penduduk Malaysia majoritinya sudah tertipu dengan peraturan yang dicipta oleh manusia. iaitu :

mereka yang berjaya ialah ->

* pelajar yang dapat 5A UPSR
* pelajar yang dapat 8A/9A PMR
* pelajar yang merangkul 10A/11A/12A -> 20 A SPM.
* mendapat ijazah/master/PHD
* dapat gaji besar.
* dapat kereta/rumah mewah.

pelbagai cara, pengorbanan wang, masa dan tenaga kita lakukan untuk mencapai kejayaan di atas.
kelas tusyen, guru persendirian, berjaga malam, study group, tak balik kampung....

namun, bagaimana pulang usaha kita untuk berjaya di akhirat kelak? sudahkah kita lakukan usaha yang lebih gigih berbanding kejayaan duniawi di atas? tidak risaukah kita kejayaan yang bakal diperoleh saat berhimpun di sana?

tanya diri sejujurnya...

BERJAYAKAH KITA KE SYURGA ALLAH?

~ wallahu'alam ~

No comments :

Post a Comment