Ada insan yang tercari-cari cahaya keimanan.. namun Allah masih belum berikan petunjuk... ada juga yang belum terdetik untuk kembali kepada pencipta namun Allah telah mengurniakannya kebaikan dengan menghantar seorang Da'ie.
firmannya :
قل إن الله يضل من يشاء ويهدى إليه من أناب
ar-ra'du:27
" Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi pertunjuk ke jalan ugamaNya, sesiapa yang rujuk kepadaNya,-
berbalik kepada tajuk asal entry ni.. U jump I jump... mesti ramai yang ingat ana nak tulis pasal kisah coupling yang sehidup semati kan?
huhu.. tapi insya Allah entry ni lebih besar maknanya dari kisah coupling tu.
ketika bertolak pulang dari Air Terjun, Kak aliya meminta kami memberikan setiap seorang, nilai tarbawi yang kami dapat semasa berada di Air Terjun Panching... dengan tetiba Allah mendatangkan ilham kepada ana.. and ana pun bagi la satu. iaitu :
- kita akan lebih kuat bila ada sahabat di samping kita yang menyokong perjuangan dakwah kita.
nilai ini ana ambil semasa ana dan sahabat karib ana tekad untuk jadi penerjun solehah... ewah!!! ade ker mcm 2? mcm pelik jer.. mcm pelik jer.. eh!
sahabat ana ajak terjun kat tempat ni sebab dia kata masa dia kecik dia pernah terjun dengan kakak dia.. jadi, ana yang memang suka mencuba perkara baru pun excited nak try jugak lah!
kami pun naik la atas platform 2...
![]() |
| haaa... cenggini =P |
agak lama juga kami di atas batu tu.. nak ambil semangat sebab iman tak berapa kuat. orang sekeliling ramai pandang lagak ngeri kami ala2 cat women.
dah banyak perjanjian yang kami putuskan semata-mata ingin melompat.. huhu..
- ana terjun and baru dia terjun
- terjun sama-sama
- terjun pegang erat tangan
- dia terjun dulu
fuhhh.. ada juga orang yang beri semangat kepada kami.. siap kira lagi "1,2,,,," haish..
at the end dia terjun dulu.... and ana menyusul.. sakit gak kaki sebab tempat landing, air paras pinggang je. pape pun alhamdulillah selamat terjun.. next time kalau datang, nak terjun wat memacam gaya.. hehe..
sedikit ibrah yang ingin ana kongsi :
- Nabi Muhammad ketika memulakan dakwahnya, baginda berseorangan.. namun, apabila Islam sampai kepada isteri serta sahabatnya yang lain, gagasan dakwah makin bertambah luas. baginda juga dijaga rapi oleh sahabat-sahabat radhiyallahu anhum..
- macam tu juga kita yang lemah lagi kerdil... kita tidak boleh berseorang. kita mesti cuba cari sahabat, jemaah agar komitmen kita terhadap dakwah tidak mudah goyah. dan andai kita sudah berusaha dan masih tidak mempunyai teman di atas jalan dakwah ini, ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita. :')
sedikit kenangan bersama akhawat maahad <3
~ moga Allah Redha ~

Hari paling indah sepanjang berada di MTNP... :D
ReplyDelete*Moga ukhuwah yang kita bina ini sampai ke syurga. Amiiin...
wah2... heee :)
Deleteallahumma aminn