25 July 2013

pssttt! nak join boleh?

Assalamualaikum hamba Allah sekalian.

Program Tmug2 tinggal 2 hari sahaja lagi. Anda masih tak tahu program apakah?
ok lah. boleh baca di sini.

Pada asalnya program ini dikelola oleh Banat Mumtazah Circle. Iaitu kumpulan usrah saya yang terdiri daripada 12 orang pelajar tingkatan 4, Maahad Tahfiz Negeri Pahang.

Disebabkan kami kekurangan volunteer, kami juga membuka peluang kepada mana-mana pelajar untuk turut serta. setakat ini, kami telah berjaya mengumpul 48 volunteer. Alhamdulillah.

Namun, yang paling tidak dijangkakan, ada juga yang menempah nametag mengikut warna kesukaan mereka. heh... comel kan mereka semua :D

Pengumuman untuk volunteers hanya dibuka sekejap sahaja dan target cuma 10 orang. namun, permintaan tinggi menyebabkan kami memilih untuk menerima sesiapa sahaja bagi menjayakan Tmug2 ini. sehingga kini masih ada yang bertanya untuk menjadi volunteer walaupun peluang tersebut telah tamat.

Kami juga ada menjemput murabbi kami yang tercinta supaya dapat turut serta menjayakan program ini.kami juga masih kurang pengalaman dan amat memerlukan tunjuk ajar daripada beliau.
namun, apakan daya. jadual beliau sudah penuh. dan beliau juga telah menitipkan ucapan kepada kami dan juga buat volunteers. (sedih + rindu )

From Ummi :

"Assalamualaikum Huda Ery, dan semua adik2 warga maahad. Ummi tak dapat nak join. Hari Sabtu ada program di KL dan sekarang sedang berusaha siapkan presentation. Selamat berdakwah kepada warga Kuantan di padang MPK Sabtu nanti. Jangan lupa 3S- Salam, senyum dan sapa. Selain daripada mengedar risalah elok juga menegur sapa mereka, ucap selamat berbuka dan mungkin boleh berbual sedikit tentang risalah yang kita edarkan. Tegur semua orang, yg bertudung, yang freehair, family, yang coupling....manalah tahu ada yang Allah lembutkan hati mereka untuk lebih beriltizam dgn Islam selepas ini, pahalanya korang dapat insya-Allah. Ummi doakan, dan semoga enjoy sambil kutip pahala......selamat mengejar lailatul Qadar, lagi beberapa hari shj lagi."


sekian dari hamba Allah yang serba kekurangan.
~ moga Allah redha ~

23 July 2013

berbuka puasa kat padang dapat income?

Anda tak percaya?
oh! tolong la percaya dengan seyakin-yakinnya :)

Tmug program merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan amalan di bulan ramadhan yang mulia ini.

Tmug bermaksud The More You Give, The More You Get. Di mana kami mengadakan kutipan derma untuk diberikan juadah berbuka buat insan yang akan berbuka puasa di padang MPK 1 Kuantan Sabtu ini. target kami hanyalah RM1 untuk seorang pelajar. akan tetapi, jika ada yang memberi lebih dari itu, ia adalah terlebih baik.

selain itu, kami juga akan mengedarkan pamplet serta berkongsi ilmu kepada mereka.
Kebanyakan hamba Allah di luar sana, sangat rajin menghulurkan bantuan dari segi kewangan. namun, sangat sedikit yang ingin berkongsi ilmu.
Kami ingin beriman dengan sebenar-benarnya dari hadis ini :

"بلغوا عني ولو آية"
"convey from me even one verse"
"sampaikanlah dariku walau satu ayat"

Semua mesti tahu apa yang kita perlu jika ingin berjaya di Dunia dan di Akhirat kan?
ya! Hanya dengan ilmu.

Rasulullah S.A.W bersabda :

"Barang siapa yang ingin berjaya di dunia, maka, tuntutlah ilmu.
Barang siapa yang ingin berjaya di Akhirat, tuntutlah ilmu.
Dan barang siapa yang ingin berjaya di Dunia dan Akhirat, maka tuntutlah ilmu."



Anda berminat untuk menyertai kami?
- jika tidak mampu menyumbang dari segi kewangan, ayuh sumbang dari segi tenaga dan ilmu...
kerjasama anda amat kami perlukan dan alu-alukan.
- Jika tidak mampu menyumbang kedua-duanya, jadilah insan yang akan menerima juadah serta pamplet tersebut.
- JIKA!!! semua pun tak mahu!!! ( takut tak tengok tulisan ni? heh )

maka, doa anda amat kami perlukan.
tadah tangan dan berdoa sekarang pun boleh.
Doakan agar Allah memudahkan urusan kami,
agar cuaca elok,
agar kami dapat mencapai objektif program.
yang paling penting, doakan agar Allah terima amalan kami yang kecil ini.

ade kosong lagi.. heeee :)
Doa orang yang berpuasa adalah antara doa yang dimakbulkan. lagi pula jika orang yang didoakan tidak tahu.
jazakumullahu khairan kathira <3

sekian sahaja entry kali ini.
Assalamualaikum.
~moga Allah redha~

inginkan income berganda?

Assalamualaikum :)

anda selalu stress apabila kehabisan wang?
tidak tahu bagaimana untuk menambah pendapatan?
juga tiada pendapatan tetap?
ayuh!! ana kongsikan caranya :)
haaa... yang ni la :)
* ingin menyumbang?
   hulurkan sumbangan ke Bank Muamalat : 06010045204725 ( Huda Binti Muhammad Kheri )
* Jazakumullahu khairan kathira..

~ moga Allah redha ~


18 July 2013

cornflakes madu sempoi :)

Assalamualaikum sahabat sekalian =D
insya Allah hari ini ana nak tunjukkan cara-cara untuk membuat kuih raya iaitu cornflakes madu.
menu ini ana buat bersama adeq2 ana untuk menambahkan lagi ukhuwah antara kami.
ana rasa, semua dah pernah cuba buat kan?
bagi ana, ini lah kali pertama dalam hidup ana.

BAHAN-BAHAN :

1) 100g mentega
2) 5 sudu gula pasir
3) 4 sudu madu
4) 100g corn flakes
5) papercup
6) chocolate rice/manik warna warni

CARA-CARANYA :

1) masukkan mentega ke dalam periuk panas

2) masukkan sekali 5 sudu gula.


3) masukkan madu dan kacau sehingga sebati.

4) sementara menunggu bahan 1-3 sebati,
hancurkan corn flakes.
(sikit2 je tw)


5) apabila sudah sebati, tutup api
dan gaul bersama corn flakes.


6) kemudian, masukkan corn flakes
ke dalam papercup.

7) anda juga boleh menambah choclate rice
atau  yang sewaktu dengannya.

7) seterusnya, susun atas tray.


8) akhirnya, masukkan ke dalam microwave.
temperature 150 = 10minit.


dup dap dip :P

tadaaa!! Alhamdulillah :D




semoga ada manfaat...
dan yang paling penting, moga Allah redha :')
sekian sahaja dari ana, hamba yang kerdil

~ Huda _Ery ~