4 September 2013

dah lama tak bersukan. ayuh!

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Sabtu baru ni, ana bersama teman karib ana, ilyana najwa telah mendaki bukit panorama di sungai Lembing. yang terletak lebih kurang 45Km dari Maahad.

Pada asalnya, kami ingin mendaki bukit sambil melihat sunrise serta bermandi manda di Air terjun pelangi.

Kami bertolak dari maahad jam 5.15 pagi dan tiba di sana lebih kurang 6.15 pagi.
Dikhabarkan oleh seorang uncle, sudah 500 orang yang telah mendaki bukit tersebut pagi itu. Uncle tu sebenarnya dah mendaki tapi berpatah balik kerana keletihan. katanya "lu orang masih muda, kuat. kami sudah tua. ta lak larat".

uncle tersebut yg ambilkan gambar ni.
Berbekalkan torchlight kepala, camera, beg galas, kami pun mula mendaki dalam 6.30. Baru berapa langkah, kami sudah berhenti kerana sudah terasa penat.


setiap kali jumpa bangku, dia takkan lepaskan peluang untuk berhenti.

Kebiasaannya, mereka yang mendaki bukit ini hanya mengambil masa 30-45 minit untuk sampai ke puncak. disebabkan terlalu lama berhenti di R&R, kami mengambil masa 1 sejam 15 minit. :D

masa otw, nampak kabus yang chantek

kini sudah sampai. lebih kurang pukul 7.40 pagi




Ketika kami sampai, cahaya matahari sudah menerangi alam. memang terlepas la den nak nengok sunrise. :'(
dah lama tak bersukan. memang cepat penat. namun disepanjang pendakian kami, kelihatan orang cina yang bertongkat dalam jumlah yang agak ramai. malu, tertunduk, segan. muka je muda, tapi fizikal tua. pangg!!



sarapan
Masa pendakian,seteguk air pun ana tak minum.. sebab nak tengok lama mana ana boleh bertahan. sebelum mendaki, ana just minum 2 teguk air. Alhamdulillah, Allah beri kekuatan.
tarikh yg chantek

pernah rasa sujud, dahi beralaskan tanah?

Ramai yang bertanya buat apa atas bukit tu. mesti bosan kalau asyik tengok pemandangan je. sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan. lagi-lagi bila mendaki beramai-ramai. Antaranya, baca ma'thurat, solat dhuha, tadabbur alam, muhasabah diri, membaca kalamullah, games & bergambar.



Sebenarnya, kami susah sangat nak jumpa. masa cuti sem berbeza. Jadi, ana guna peluang ini untuk merapatkan ukhuwah ini. + DF.. heheh :D



luv u ilyana <3
nk dapat feel, ana bcca surah tur, waqiah, rahman, qamar, nujum
kami akan share cite bile jumpe


selepas bergambar, kami mula meninggalkan bukit tersebut dalam pukul 10.30 pagi. Ketika itu matahari sudah semakin tinggi dan agak terik. ALhamdulillah cuaca amat baik.

Allah perintahkan kita untuk berjalan di muka bumi ini bagi melihat alam ciptaanya. Dalam Al-Quran juga diceritakan kejadian gunung ganang dan bukit bukau. Ana pilih 1 ayat yang baru tasmik pagi tadi. :)

Ayat ini sangat meruntunkan jiwa yang mengagungkan Al-Quran. betapa beratnya Al-Quran yang Allah hadiahkan buat nabi Muhammad serta ummatnya. Sudah baca Al-Quran? EH!










لوْ أَنزلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الأمْثَال نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ 

sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya Engkau melihat Gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. dan (ingatlah), misal-misal Perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
( Hasyr : 21 )



~moga Allah redha~


2 comments :

  1. Pengalaman mendaki akan dirasa lebih seronok jika diadakan jugak simulasi cara hidup/solat dalam keadaan darurah spt yg dilakukan oleh askar. Dgn itu bukan sahaja dapat meningkatkan ilmu,malah dapat memberi persediaan utk menghadapi sebarang keadaan darurah nauzubilah.......
    ~AbuHurairah~

    ReplyDelete