15 June 2013

Allah menghiburkan hamba_NYA

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Sudah hampir tiga tahun umat islam ditindas dari sudut sosial, ekonomi dan politik. Sehingga makanan yang mereka ada pada ketika itu cuma daun kering dan ranting kayu. iaitu dari tahun ke-7 diberikan tanggungjawab sehinggalah tahun ke-10. Namun, kesabaran mengatasi masalah yang mereka hadapi. bergantung hanya kepada Allah menguatkan mereka untuk mempertahankan agama Islam.

Firman Allah :
"Alif Lamm Mimm. Patutkan manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman" sedang mereka tidak diuji ( dengan sesuatu cabaran )?"
- al-ankabut: 1&2 -

Setelah tamat kesengsaraan yang mereka hadapi, 6 bulan selepas itu bapa saudaranya yang sentiasa melindunginya pula dijemput ilahi. 50 hari kemudian, isterinya yang tercinta pula menghadap ilahi. Sungguh, perasaannya tiada siapa yang tahu melainkan Allah. Kedua-dua insan yang rapat dalam hidupnya telah meninggalkan beliau untuk selamanya.

Bapa saudaranya sentiasa disampingnya tambahan lagi ketika beliau dicaci, dicerca dan melindunginya saat musuh-musuhnya menyakiti beliau dari sudut fizikal sehinggakan ada yang cuba untuk membunuhnya.

Disebabkan kejadian itu, umat islam menamakan tahun tersebut sebagai "tahun dukacita". Beliau juga manusia yang berhak untuk bersedih. Sungguh manusia itu lemah dan memerlukan pertolongan dari tuhan yang Maha Mengasihani lagi Maha Mengetahui.

Berbekalkan keimanan yang tinggi dan semangat jihad yang mantap serta keyakinan yang tidak berbelah bagi terhadap pertolongan Allah, beliau meneruskan usaha dakwah ke negeri Taif bersama Zaid Bin Haritsah untuk mencari bumi dakwah yang baru. Namun, ketika di Thaif kedatangan mereka seolah-olah sudah diketahui oleh penduduk di situ. Layanan mereka terhadap pesuruh Allah seperti sudah dirancang beramai-ramai.

Baginda dibaling batu oleh penduduk di sana. Sehinggakan darah baginda yang suci mengalir dari kedua kaki   dan memenuhi kasut baginda. Kepala Zaid pula berdarah. Lebih menyakitkan, mereka di caci maki dikhalayak ramai.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang dipikul. Begitulah perumpamaan cabaran menjalankan dakwah bagi kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat. Tugas yang hanya mampu dipikul oleh insan yang benar-benar mengutamakan cinta kepada Allah. Ya, mereka sungguh beriman dengan hari akhirat serta percaya bahawa Allah tidak pernah memungkiri janjiNya.

Firman Allah :
"Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benara. Maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan jangan sesekali seorang penipu ( syaitan ) memperdayakan kamu tentang Allah."
- fatir : 5 -

Maka, dengan limpah rahmatNya, Tuhan sekalian alam memperjalankan Nabi Muhammad dari Makkah Al-Mukarramah ke Palestin dan mengangkat baginda ke langit iaitu melalui peristiwa isra' mikraj tanggal 27 Rejab.

Perjalanan ini bertujuan untuk :
1) meyakinkan kebenaran risalah dakwah baginda.
2) menghiburkan hati baginda yang sudah ditimpa berbagai-bagai cabaran, halangan dan rintangan.
3) untuk mengingatkan nabi bahawa baginda tidak bersendirian dan Allah sentiasa ada bersamanya.


*Tahun dukacita = عام حزن ('aamun huzni)

~ moga Allah redha ~ <3

14 June 2013

Pengertian Nikah

Allah jadikan manusia untuk hidup berpasang-pasangan, saling melengkapi antara satu sama lain. Sepertimana Allah sediakan Hawa untuk Nabi Allah, Adam.

Allah telah berfirman dalam surah Ar-Rum ayat 21 :

Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, ia menciptakan untuk kamu (kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. sungguh yang demikian itu mengandungi keterangan bagi orang-orang yang berfikir.


Nikah dari segi bahasa = bersatu dan berkumpul.
dari segi syarak = Akad yang menghalalkan istimta' (bersetubuh) di antara suami isteri dengan cara yang dibenarkan syarak.

Ia dinamakan nikah kerana ia mengumpulkan dua manusia dan menyatukannya di antara satu sama lain.

Muqaddimah

Assalamualaikum semua.

Sehat ke?
Moga-moga dalam keadaan yang sihat untuk kita sama-sama tekun menjalankan tugas sebagai seorang hamba di muka bumi ini. amiinnn :)

insya Allah, blog ini dicipta untuk saya adakan sedikit perkongsian bersama para pembaca.
Dalam masa yang  sama, blog ini direka bagi menyertai pertandingan sempena bulan ICT yang diadakan pada bulan JUN ini.

Diharapkan pada semua pembaca dapat beri sokongan dan dorongan kepada saya.
jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada yang sudi menjenguk dan membaca perkongsian daripada saya, insan yang lemah.

Moga Allah redha... wassalam...

* muqaddimah = pendahuluan